Objektif, Strategi, Misi dan Visi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Logo Asal Majlis Agama Islam (Pertama)

Objektif

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menggariskan beberapa objektifnya seperti berikut:

  1. Dakwah Islamiah yang berkesan
  2. Membentuk dan mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang dinamis dan progresif yang sentiasa mencari keredhaan Allah
  3. Memupuk keimanan dan mengukuhkan ukhwah Islamiah di kalangan orang-orang Islam di negeri Kelantan khususnya an di Malaysia amnya bagi mencapai perpaduan ummah.
  4. Memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan dan mencegah kemungkaran di dalam masyarakat Islam di KelantanĀ ; dan
  5. Logo Rasmi MAIK lama (kedua)Melaksanakan usaha-usaha menambahkan harta dan sumber melalui pelaburan dan usaha-usaha halal yang lain bagi kemajuan dan kesejahteraan sosial dan ekonomi masyarakat Islam di Kelantan.

Strategi

Antara strategi yang diatur bagi mencapai objektif MAIK adalah sebagaimana berikutĀ :

  1. Mewujudkan sebuah organisasi pentadbiran yang mantap dan berkesan bagi melaksanakan fungsi dan matlamat penubuhan MAIK.
  2. Memperkemas dan memperluaskan bidang usaha dan kegiatan dakwah dan tarbiah (pendidikan) agama demi mempertingkatkan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat
  3. Memperkemas dan memperkembangkan aktiviti-aktiviti pembangunan ekonomi.
  4. Mewujudkan institusi kebajikan bagi meningkatkan kegiatan amal bagi mengatasi masalah kemasyarakatan umat islam di kalangan fakir miskin, saudara baru, anak yatim, dan lain-lain.
  5. Menggalak dan mempergiatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti bercorak keagamaan dan amal kebajikan

Visi

Untuk menjadikan sebuah organisasi pengurusan wang zakat dan pengurusan harta baitulmal dan wakaf yang terunggul di malaysia.

Misi

Memberi sumbangan bermakna untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi islam.